Pesanan Terakhir

Pesanan Terakhir


Pada Tahun 2005 hidup kami sekeluarga makin hari makin gelap di sebabkan faktor kewangan dan kesihatan ayah. Pada awalnya kami ingatkan ayah hanya sakit biasa, kami sekluarga memujuk ayah supaya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, setelah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala Dr mengesahkan bahawa ayah pengidap kanser barah Usus Tahap 3 nak masok 4. Selepas pada itu ibu dan adik beradik ayah mencari altenatif lain untuk merawat ayah, Pelbagai cara kami sudah ikhtiar dari tradisional sampai lah perubatan moden hasilnya tetap sama. Sampai lah satu tahap Dr memaklumkan kepada kami sekelurga yang ayah perlu menjalani pembedahan secepat mugkin takut kanser merebak ke tempat lain. Ibu tengok ayah tak sampai hati nak ceritakan pada ayah harus jalani pembedahan. Pada awalnya ibu bersetuju untuk menandatangani surat persetujuan pembedahan ayah, dan ke esokannya pula ibu menarik balik keputusan tidak bersetuju ayah menjalani pembedahan. Antara faktor yang menyebabkan ibu tidak bersetuju adalah, kami semua masih kecil dan faktor kewangan. Hampir setahun ayah terlantar di hospital. Ibu membuat keputusan untuk membawa ayah balik kerumah di sebabkan Bil hospital semakin meningkat. Setelah ayah sudah dibawa pulang ke rumah keadaan ayah makin baik, daripada tiada selera makan ayah jadi kuat makan, dan ayah sentiasa senyum bila ayah tengok kami adik beradik. Masa raya ayah mitak maaf sebab tak dapat nak buat semua persiapan raya. Dua minggu selepas raya dalam suka duka Tiba -tiba kesihatan ayah mula menjadi lemah balik, ayah cakap nak jumpa semua anak- anak ayah kecuali aku, aku pun tertanya-tanya kenapa ayah tak nak jumpa aku ada buat salah ke sampaikan ayah tak nak jumpa aku, lepas semua adik beradik aku jumpa ayah kini giliran aku pula. aku berbisik di telinga ayah sambil nangis-nangis tanya kenapa ayah tak jumpa (yang) aku dan ayah pun cakap pada aku bukan ayah tak nak jumpa, ayah cuma nak cakap dengan aku sorang tanpa ada orang lain yang tahu. Ayah pesan dekat aku ''cari lah ilmu Allah & binalah kelurga bahagia'' dan selang beberapa hari iaitu 29 Nov 2005 Ayah telah dijemput menhadap ilahi. Kini tinggal lah Ibu, Abang, Kakak, Aku dan adik. Kehidupan kami sekelurga berubah, sampaikan nak makan pun susah apatah lagi duit belanja sekolah kami semua, sekarang tugas ketua keluarga pula beralih kepada Ibu. Ibu yang membesarkan kami, susah senang ibulah segala-galanya bagi kami. Allah sudah aturkan segala-galanya takdir buat hambanya.
Pada tahun 2014 merupakan tahun pertama aku berpisah dengan keluarga jarak jauh. Aku dapat tawaran sambung belajar di Institut Perladangan & Komoditi Malayasia Cawangan MPOB Keratong Pahang. Pada awalnya aku menolak sebab aku takut berjauhan dengan keluarga, Ibu cakap pada aku tiada benda yang membahagiakan ibu melainkan melihat anak-anak ibu berjaya dengan ilmu dunia dan akhirat. Tanpa membantah aku akur apa yang ibu saranakan. Abang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia beliau sudah berkhidmat selama 4 tahun, sebelum ini dia berkhidmat di Kem Kukusan Tawau Sabah dan dipindahkan ke Kem Paya Jaras Sg buloh pada hujung tahun 2013 .Pada tahun itu juga lah merupa kali terakhir aku jalan-jalan dengan Abang aku semasa dia nak hantar aku ke tempat belajar dan 3 Mac 2014 juga merupakan tahun terakhir menyambut ulang tahun aku bersama abang aku. Seminggu sebelum Raya abang jatuh sakit, dia cakap sakit perut, ibu membawa abang ke Hospital Kuala Kangsar untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Dr memberitahu ibu yang abang hanya kembung perut biasa dan abang dibenarkan pulang ke rumah dengan berbekalkan ubat sapu dan gastrik sahaja. Selang beberapa hari abang mengadu sakit semakin kuat dan ibu membawa abang ke hospital, kali ini Ibu mengesa supaya Dr membuat pemeriksaan terperinci apa punca abang sakit perut, setelah siap ujian X-ray abang disahkan mengidap Appendix dan harus menjalani pembedahan secepat mugkin, sementara pada itu pihak hospital memberitahu bahawa abang akan di pindahkan ke Hospital Taiping (Zone Yellow) apabila sampai di hospital taiping Dr memberi tahu jadual pembedahan abang keesokan paginya, Kami adik beradik semua berkampung di hospital agar mudah berurusan dengan pihak hospital, Pagi itu jam 9.45 pagi Dr memberitahu kami yang abang bukan sahaja mengidap Appendix malah ada masalah sintim lain juga, Paru-paru, jantung dan buah pinggang sudah dijangkiti kuman angkara Appendix pecah. Dalam masa yang sama abang juga mengidap sakit yang sama macam aruah Ayah kanser barah usus. Sebelum menjalani Pembedahan Dr memberi tahu pembedahan yang akan dilalukan ini berisiko tinggi 50% untuk berjaya, dalam pembedahan, Setelah 16jam dalam dewan bedah dan akhirnya Dr cakap abang sudah dipindahkan ke Unit ICU. Hari pertama abang di Icu tidak sedarkan diri dan hari kedua Dr bagi tahu yang abang sudah sedarkan diri cuma abang perlu rehat secukupnya. Pada hari kedua ramai ahli keluarga dan rakan-rakan abang datang melawat sehingga lah abang sudah boleh senyum dan sembang, kami sekeluarga bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk abang sembuh. Dr bagi tahu yang abang akan dipindahkan ke wad biasa tapi masih perlu penjagaan Rapi. hari kedua abang di wad biasa dia berbisik kepada aku jika dia ditakdirkan pergi '' Jagakan Ibu, jangan buat ibu terluka, dan sampaikan wahsiat abang kepada ahli keluarga yang lain. abang tak kaya tapi duit simpanan adalah sikit campur dengan duit insuran dan duit koperasi''. Duit koperasi dan insuran abang dah wahsiatkan kepada aku untuk diagihkan kepada ahli keluarga yang memerlukan nanti. Selang beberapa hari aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan abang aku. selepas solat subuh abang mengadu yang dia sakit seluruh sendi dan dia suruh aku picitkan seluruh anggota badan dia, dia cakap dia tak rasa apa yang aku picit tadi, aku mintak tolong nurse tolong sama-sama picitkan badan dia dan pada masa yang sama aku mehubungi ibu dan keluarga yang lain supaya datang ke hospital segera kerana aku rasa ada benda buruk yang bakal belaku. 10.30 pagi tiba-tiba abang tidak sedarkan diri dan nadi di pergelangan tangan juga tidak berdenyut. Dr membuat CPR dan renjatan arus kuasa tapi tidak ada sebarang tindak balas. Dr cakap jantung abang tidak berfungsi, kekurangan darah dalam badan, sampai lah satu tahap di hospital pula sudah kehabisan bekalan darah O negatif bukan mudah untuk dapatkan dalam waktu yang singkat, kini abang bergantung pada mesin sahaja itu pun ada had masa yang ditentukan oleh Dr. Dr memberi tahu kami selepas azan asar jika tidak ada sebarang tindak balas Dr terpaksa hentikan Mesin tersebut dan pada 6hb ogas 2014 bersamaan 10 syawal 4.45ptg abang disahkan meninggal dunia.
Pemkebumian Abang 70% diuruskan oleh Pihak ATM daripada Kem Paya Jaras Sg Buloh & kem berdekatan kediaman. Abang selalu impikan jika dia di takdirkan meninggal nanti dia nak di kebumikan mengikut istiadat tentera. Daripada bilik jenazah sampai lah ke kubur dan malam tahlil pihak ATM membantu kami. Terima kasih banyak-banyak pihak ATM yang membantu kami sekeluarga.
harap maaf, ayat yang saya sampaikan ini agak berterabur.
*Muhamad hanif bin muhammad noor* dalam kenangan Al-fatihah
#pewiranegara
#ATM
#kempayajaras
#kementerianpertahananmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Terindah Di Tanah Suci Mekkah

Green IT