Posts

Showing posts from September, 2017

Pesanan Terakhir

Pesanan Terakhir Pada Tahun 2005 hidup kami sekeluarga makin hari makin gelap di sebabkan faktor kewangan dan kesihatan ayah. Pada awalnya kami ingatkan ayah hanya sakit biasa, kami sekluarga memujuk ayah supaya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, setelah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala Dr mengesahkan bahawa ayah pengidap kanser barah Usus Tahap 3 nak masok 4. Selepas pada itu ibu dan adik beradik ayah mencari altenatif lain untuk merawat ayah, Pelbagai cara kami sudah ikhtiar dari tradisional sampai lah perubatan moden hasilnya tetap sama. Sampai lah satu tahap Dr memaklumkan kepada kami sekelurga yang ayah perlu menjalani pembedahan secepat mugkin takut kanser merebak ke tempat lain. Ibu tengok ayah tak sampai hati nak ceritakan pada ayah harus jalani pembedahan. Pada awalnya ibu bersetuju untuk menandatangani surat persetujuan pembedahan ayah, dan ke esokannya pula ibu menarik balik keputusan tidak bersetuju ayah menjalani pembedahan. A
PENGALAMAN Nama aku MUHAMAD HAFIZEK BIN MUHAMMAD NOOR, Pada tahun 1996 aku dilahirkan ke dunia yang indah ini. Aku mempunyai keluarga yang bahagia yang di aturkan oleh Allah S.W.T, walaupun hidup kami sekeluarga agak bersederhana ini sudah cukup membahagiankan kami. Nama ibu ku Pn. KAMARIAH BINTI DAUD manakala ayah ku En. MUHAMMAD NOOR BIN OSMAN, Abang aku MUHAMAD HANIF BIN MUHAMMAD NOOR, & kakak Aku pula NUR HANIZA BINTI MUHAMMAD NOOR. Pada tahun 1998 kami sekeluarga merentau ke Sebuah perkampungan Iaitu Kampung Ngor Sauk Perak, Dan disini lah bermula kisah hidup bahagia kami sekeluarga. Pada awal kami sekeluarga hanya tinggal di rumah kecil untuk sementara waktu yang hanya mempunyai ruang tidur dan disitu juga lah tempat kami makan. Pada masa itu tandas dengan dapur pun tiada apatah lagi elektrik. Tempat mandi pun hanya sungai sahaja dan sumber air minum pun air sungai. Masa itu aku, abang dan kakak aku masih kecil dan tak tahu apa itu erti kemewahan, bagi kami apa yang ada it